Kuasai Pasaran Anda

Di dalam dunia perniagaan, kita akan bertemu dan bersaing dengan pesaing-pesaing. Kita akan saling mengatasi pesaing-pesaing kita untuk menguasai pasaran.

ltmas2

Secara amnya, adalah perlu diingat  dan dihayati menguasai pasaran adalah berkait rapat dengan menguasai dan menawan hati dan jiwa manusia.

Di sini saya akan berkongsi dengan anda tip-tip bagaimana anda dapat menguasai pasaran.

1.Hasilkan produk yang hebat dan berkualiti

Tidak dapat dinafikan, produk yang hebat dan berkualiti akan menambat hati pelanggan. Ia juga akan melonjakkan kredibiliti kita sebagai penyedia perkhidmatan dan produk yang baik.

Apabila sesuatu produk dibeli oleh pengguna, mereka akan menentukan kualiti produk kita. Seandainya baik, maka mereka akan menyukai produk kita dan juga kita sebagai penjual.

Sebagai contoh, seorang pelanggan membeli sebuah handphone ataupun ebook daripada kita. Seandainya ia tidak berkualiti, mereka akan merasakan diri mereka tertipu dan akan menyebarkan berita yang tidak baik itu kepada rakan-rakan mereka yang lain.

2.Tawarkan sesuatu produk yang baik dengan harga yang lebih rendah.

Kebiasaannya, perkara pertama yang dinilai oleh pengguna ialah harga. Ini berlaku kerana sifat semulajadi yang dijadikan oleh Tuhan kepada setiap manusia ialah sayang kepada harta. Perkara ini menjadikan seorang pengguna inginkan produk yang baik dengan harga yang rendah.

Oleh itu, seorang usahawan yang berjaya menawarkan produk berkualiti dengan harga yang rendah (melalui pengurangan kos) akan menguasai pasaran mereka.

3.Berilah lebih dari apa yang mereka inginkan.

Mungkin kita biasa melihat perkataan “Percuma” pada barangan tertentu di kedai yang bermaksud pembeli akan mendapat satu barangan lain secara percuma. Apakah perasaan anda jika itu adalah barangan yang ingin anda beli? Manusia akan merasa bertuah jika mereka mendapat apa yang ridak disangka.

Ada boleh cuba menawarkan kepada pelanggan dalam bentuk lain seperti anda memberitahu barangan yang dipesan akan sampai dalam 4 hari lagi tetapi anda manghantarnya dengan menggunakan Pos Laju lalu keesokan hari pelanggan menerima barangan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s